
Apa yg buleh aku katakan tentang perlawanan semalam..memang best!!..antara derby match yang menarik setakat nih..Tentang match semalam..kedua-dua pasukan banyak menyerang...tetapi yg nyata MU lebih best (nak kata hebat nnt ada yg kata aku ni beragah...tp mmg hebat pun..haha)..gol pertama MU disumbangkan oleh penyerang sensasi Red Devil..sapa lagi kalau bukan Wayne Rooney pada minit ke 5 hasil hantaran Ronaldo(aku dah lompat2 depan tv..kucing aku pun heran tgk aku..hihi)...Selepas itu MU terus mengemaskan rentak.. serangan bertubi2 dilancarkan..akhirnya minit2 terakhir separuh masa pertama MU mendapat lagi 1 gol daripada Saha..hasil crossing daripada pertahanan MU, Gabriel Heinze.Separuh masa kedua bermula...kedua2 pasukan terus mencari peluang utk menjaringkan gol..penyerang City, Samaras agak berbahaya.Beberapa kali percubaannyad dpt menembusi kubu MU tetapi kehebatan Van Der Sar dpt menyelamatkan keadaan..pada minit ke 66.. saha digantikan ngan O Shea..Pada pandangan aku..prestasi saha pada malam itu tidak berapa menjadi..walaupun berjaya menyumbangkan 1 gol ttp prestasinya jauh daripada tahap terbaik..saat digantikan ngan o shea mmbuatkan MU agak goyah..mmmg aku tak berapa suka mamat ni main sbb dia ni bengap skit..haha..kalau ada dia mesti kelam kabut skit jadinya..dan kerana adanya dia ni pada minit ke 72 City dpt gol tunggal hasil jaringan Trabelsi..aku mengakui yg gol Trabelsi mmg cun..dia yg tidak dikawal terus ambik peluang..huhu..bolos jugak satu..cessss..MU yg macam tersentak dgn gol tunggal City terus menyerang utk mencari gol ke 3 dan walllaaaahhhh...dpt jugak 1 gol lagi hasil sumbangan Ronaldo (baik sungguh perangai dia malam tadi..tak buat dive pun..:p)pada minit ke 84...keadaan ni berkekalan sampai tamat permainan.Sayang City main 10 pemain pada saat2 akhir permainan.Corradi dpt kad kuning kedua.(Mamat nih nak tiru Ronaldo wat dive tp tak menjadik..huahua) So MU stay at the top with 9 points clear leading ahead Chelsea..harap2 game mlm nanti chelsea buleh hilang point..aku akan sokong arsenal wat sementara...haha..go go MU..go go Arsenal..muahahahhahahaha..